Saturday, May 30, 2009

Mak dan Ayah.

Makcik dan Pakcik aku yang kupanggil mak dan ayah semalam berangkat menjadi tetamuNya lagi. Ketika mengiringi dengan doa pemergian mereka, tatkala azan dilaungkan dipintu, bibik mereka yang baru masuk bekerja dalam sebulan perlahan-lahan berdoa di belakangku. Dia yang diamanahkan menjaga rumah berkata "Ya Allah, selamatkan pergi dan pulangnya majikanku, dan terimalah amal mereka." Ameen.

Aduh bik, kamu lain benar dari yang sebelum ini. Tatkala tangan ayah kusalami, pipi mak kucium, cucur airmata tak dapat kusekat. Ya Allah, bawa pergi tangis ini. Kuatkan kami mengharungi cabaran ini.

Mak, ayah... selamat pergi dan selamat kembali. Moga sihat, dan amal diterima. Jaga dirimu di sana.

Ohoh, ramai sungguh kenalan menjadi tetamuNya tahun ini. Moga akan ada lagi jemputan untuk kusekali lagi menjadi tetamuNya. Aduhhhh.. kangan! Errr... pagi-pagi, makan pulut durian, memang anak sekali. Serasa mahu bermalas-malasan.......
Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, May 27, 2009

Apakah memang lelaki begitu?

Kenapa ya, kalau dengan orang lain kita boleh bermanis muka, tapi kalau dengan orang tersayang mudah sekali diherdik begitu saja?

Seorang lelaki, tua, kurus kering yang menderitai barah pergi berjumpa profesional kesihatan (PK) untuk nasihat berbangkit tentang penyakitnya. Di sisi isteri yang setia, menanti dan memapah tangan. Sang isteri ibarat kakinya, ke mana-mana pasti akan di bawa.

Si lelaki tersenyum mesra bila ditanya PK. Si isteri diam mendengar. Bila ditanya adakah sesuatu untuk disoal, bertanyalah sang isteri demi kebaikan suami. Apakan daya, salah tempat dan salah soalan. Suami tua itu mengherdik isterinya, ".... chi sin!"

Aduh, menitis air mata sang isteri. Tahukah, yang memang kamu yang sakit, tetapi sakitmu turut dideritai isterimu?

Apakah, memang lelaki begitu??

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, May 26, 2009

Cancer is Acidic II

Berdasarkan beberapa kajian, barah membiak dengan pantas dalam persekitaran berasid. Namun begitu, sel-sel barah akan terbantut dalam keadaan normal iaitu beralkali. Apabila sesorang menghidap barah, paras pH akan menjadi rendah, maka secara automatik bila dah rendah, maka sah-sahlah anda menjadi berasid.

pH tu apa? Haihhhh… pH tu satu julat untuk mengukur tahap keasidan sesuatu barang, errr… ni istilah aku guna untuk mudahkan korang paham. Julat ni dari 0 hingga 14, di mana 7 adalah normal tetapi kurang daripada tujuh adalah berasid dan lebih daripada tujuh adalah beralkali. Darah, limpa dan cerebral spinal fluid (errr… apa ek terjemahan dia?hehehehe) dalam badan manusia direkacipta dalam bentuk sedikit beralkali iaitu pH 7.4. Sel kanser akan tidur (eheh.. istilah) bila pH 7.4 dan mati dalam pH 8.5, sedangkan sel yang sihat dan kuat akan hidup.

Tahukah korang yang setiap kita memang mempunyai sel barah secara semulajadi? Eheh…

Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan berasid makanlah makanan-makanan berikut, jangan pulak korang minum air bateri. Muahahahahahaha

Makanan beralkali adalah seperti berikut:

Aprikot, Berries, Anggur (kalau makan sambil baring, macam maharaja tuuuu), Nenas, dan Tomato. Selain itu, Kobis Bunga, Lobak Merah, Broccoli, Bawang Putih, Cendawan, dan Bayam juga sumber makanan beralkali.

Tetapi kebanyakan buah-buahan dan sayuran segar adalah bersifat sedikit beralkali. Ada lagi, yogurt, kari, polen lebah, green tea, jua buah, algae. Haaaaaaaaa… banyak kan? Tapi, haruslah diingatkan kari juga mengandungi kadar lemak yang tinggi dan berupaya menghasilkan keputusan kolesterol yang tinggi dalam darah anda.

Makanan yang tinggi asid pula adalah, daging, produk tenusu, telur kuning, soft drinks, gula, alkohol kecuali wine merah, drugs and chemicals, dan yang UTAMA adalah ROKOK. ROKOK ni adalah termasuk segala mak nenek tembakau yang dikunyah-kunyah, mahupun dalam rokok moden dan juga rokok daun ye tuan-tuan dan puan-puan.

Perlulah diingatkan, orang disekeliling anda akan menghidu satu daripada empat rokok yang anda hisap sehari. Kalau anda hisap 16, 4 lah orang tuh sedut. Bahkan mereka ini lebih berisiko menghidap kanser daripada ANDA.

Baiklah, sekian dahulu leteran saya pada hari ini. Jumpa lagi dilain kali…. Hehehehehehe

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini, tapi yang ni aku tak keliru...

Monday, May 25, 2009

Cancer is Acidic

Ini bukan entry berjadual, sebab tuhla dia terbit dengan penuh sopan santun, tanpa perlu ditarik balik. Hehehehehe... Aku kadang-kadang je keliru.

Dalam wawancara di TV1 baru-baru ini, seorang Oncologist bilang, "Kanser itu sifatnya berasid. Maka kita perlukan alkali untuk meneutralkannya, dan sumber terbaik adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran"

Okay, sila nilai kembali, BERAPA HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN ANDA AMBIL SETIAP HARI?

Eheh... :) An apple a day keeps the doctor away, obviously you need more than that.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, May 20, 2009

Surat Balasan Firefly

Disebabkan tag aku tuh tak jadi, aku cuma nak tunjuk surat nih.

From: Firefly Customer Feedback
To: Cik Kompius yang commey, Firefly General Information Requests Info
Sent: Wednesday, May 20, 2009 10:22:36
Subject: RE: Rude Counter Staff

Dear Cik Kompius yang commey lagi baik ati dan bijaksana,

Thank you for your email.

We will look into the matter and revert as soon as possible.

Thank you for highlighting the matter to our attention as we continuously improve our products and services.

Sincerely

The Firefly Team


Selepas seminggu, nih je? Haihhhhhhhhhhhhhhhhh.. kotlah nak cakap dia dah suh pompuan tuh ketuk ketampi lima kali ke kan? Hohohohohohoh..

Kejam ke harapan aku tu? Heheheheh

Previously is here.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tag Lagik

Harap maaf, tag tak jadi.

Aku cuba Upload gambo, lain lak kuar.

AKu malas nak betulkan... hahahahahahah

Tuesday, May 19, 2009

Selsema



Dah dua minggu, sekejap ada sekejap tak ada...

Aku selsema...

Haihhhhhhhhhhhhhhh......

Susah nak bekerja, ada virus kat sini. Kat bawah C19. Hohohoho...

Dalam laptop pun banyak virus. Kat blogspot pon ada, ada yang report KTS dan Pn Syah sebagai spammer? Haihhhhhhhhhhhh.......

Hepp.. virus! Pi jauh-jauh. Jangan mampir....!


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, May 18, 2009

Hari Pertama Pergi Sekolah

Semalam, aku lepak seharian di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Buang masa sambil baca journal yang melambak dalam simpanan.

Semalam juga hari bekerja untuk Negeri Kedah. Sampai saja di rumah, aku nampak dua buah beg plastik besar penuh dengan hadiah kat depan pintu bilik mak aku.

Dalam pada aku tengah terkial-kial nak ambil gambar, kedengaran seseorang sedang menyound dari belakang, "Tu nak bubuh dalam internet la tuuuuu...!"

Eheh, terus niat suci tersebut terbantut. Kelihatan mak aku tengah bersusah payah menjahit baju baru beliau yang konon hendak dipakai semasa sambutan Hari Guru semalam, tapi terbantut sebab tak habis jahit, dia penat melayan tetamu. Terpaksalah pakai baju baru yang lain.

So, sebagai gambaran, inilah gambar yang aku cilok hasil usaha EncikGoogle.



Sikit je nih. Seperti biasa, akulah tukang buka hadiah-hadiah itu. Dan macam biasa juga, sebagai Cikgu Darjah Satu, hadiah mengikut skema jawapan. Mesti ada mug, segala mak nenek perhiasan kecik-kecik tu, kad yang diorang buat sendiri, dan tak lupa juga, pen, tuala kecil dan sabun. Hehehehe..

Mak aku tetap suka, sama macam selalu. Akupun suka, sebab aku mesti cilok mug paling cantik. Hehehehehe...

Ada satu kad yang membuatkan mak aku menitiskan air mata,

"Terima kasih cikgu, sebab sabar mengajar saya.
Maafkan saya sebab setiap hari buat cikgu marah"

Dengan tulisan tangan yang kemas dan bersih, di atas kad yang dibuat sendiri. Alahai....

Tahun ini, tahun akhir perkhidmatan mama sebagai guru. Sudah lebih 20 tahun dia mengajar Darjah Satu, berkali-kali dapat anugerah tapi tak pernah sama dengan anugerah mendengar penghargaan dari anak-anak kecil yang tidak mengenal ABC tapi akhirnya lancar membaca. Semua tawaran kenaikan pangkat dan pertukaran tahun mengajar ditolak, dia mahu kekal mengajar di darjah satu walaupun ditukarkan sekolah.

Pada hari Sambutan Hari Guru tahun ini, berkali-kali mama rasa terharu. Bahkan semasa anak-anak muridnya menyanyi lagu "Hari Pertama Masuk Sekolah" sekali lagi mama menangis secara berjemaah dengan guru-guru yang lain. Aku cuba cari lirik lagu tuh, tapi tak dapat.

Selalu kita ingat, jasa guru-guru. Tapi ingatkah lagi kalian guru yang mengajar kalian mengenal huruf dan membaca? Guru yang menenagkan kalian saat gentar hari pertama ke sekolah? Bahkan guru yang membawa kalian ke tandas, dan membersihkan kalian kalau kalian termuntah?

Selamat hari guru, mama & abah. Selamat hari ibu. Kasih sayang untuk kalian.

Selamat hari guru juga untuk guru-guruku, guru tahun satuku yang mengajar aku membaca, merotan tangan sebab tak buat kerja sekolah, Cikgu Faridah. Seluruh guru di Sekolah Kebangsaan Pendang, Maktab Mahmud Alor Setar, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan seluruh dunia. Jasa kalian tidak mampu terbalaskan.

Haihhh... apasal kalau D****** Day takde orang bagi hadiah? Hehehehehhehe...

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, May 13, 2009

Kisah Sang Firefly

Previously here, and here. Antara coretan ceritera aku kelas.

Hampir setiap dua minggu aku ke Kuala Lumpur, hadir ke kelas yang berbaki satu semester. Meniti relung-relung MBA yang sudah hampir tiba ke penghujungnya. Penat, letih, malas, hilang momentum, semuanya bersarang dan bersimpang siur. Setiap kalinya, cuma ada satu pilihanku Firefly, bukan kerana aku tak betah dengan MAS atau AirAsia, cuma satu alasan, kerana Firefly mendarat di Subang, mudah untuk aku ke Titiwangsa.

Kalaupun aku bertshirt lusuh, dengan slack hitam juga kasut Nichii buatan Gombak berharga RM30, menggalas beg Nike yang di dalamnya ada buku setebal 500 mukasurat dan sebiji laptop, adakah itu membuatkan aku kelihatan hina berbanding seorang lelaki yang berbahasa Inggeris bila bercakap berbaju kemas ala seorang usahawan?

6.05 petang aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan kaunter mereka telahpun ditutup. Penerbangan dijangka berlepas jam 6.40petang. Bersamaku seorang lelaki yang segak, berbahasa Inggeris, turut juga mengalami masalah yang sama. Dia dilayan dengan cukup berhemah.

Namun bila denganku, sang gadis (gadis keee perangai macam tuh?) hanya menjeling sepintas sambil duduk menghadap monitor komputer.

Pintaku cuma sedikit pertimbangan "Saya ada exam malam ni"
Dengan lancangnya dia bicara "Pernah naik kapal terbangke?"
Aku cuma mengangguk, dan sambungnya lagi "You patut taulah kena ada sejam sebelum"
Bukankah dalam email yang dihantar:

(3) Our check-in counters close thirty (30) minutes before the scheduled flight departure time. We reserve the right not to allow you to check in if you fail to comply to this deadline without any liability to you and without having to refund to you any tariff paid.

Kot ko tak paham Inggeris, tadi bukan main ko layan Mamat tuh speaking..... Dan lagi satu, kalaupun aku selekeh, it does not make my money value lesser than his.... Or to what ever it is, ko tak belajar adab ke macam mana nak bercakap dengan orang. Pandang mukapun tak. Nasib baiklah, MAS duit banyak boleh hantar ko pegi Private Hospital, kalau tak memang ada harinya ko taulah langit tinggi ke rendah. Tapi seingat aku, tak pernah lagi aku layan pelanggan-pelanggan aku dengan kurang ajar, walaupun diorang bayar cuma RM5, tak pernah sedikitpun berbeza dari dulu yang membayar RM50 hanya untuk beberapa minit.

Tak payah aku nak cakap berapa banyak aku fly, ke mana aku fly. Bukan urusan ko nak tahu. Aku boleh hina ko dengan juga jadi skeptikal seperti ko, just cakap, ko takat jaga kaunter cuma ada SPM jangan berlagak. Tapi, ko manusia dan aku manusia. Untuk apa aku berkurang ajar dengan orang yang jugak kurang ajar. Cukuplah sekadar berkata "You don't have to raise your voice. Thanks a lot for your hospitality." Cabin crew yang hebat, penerbangan yang hebat, tapi kaunter staff yang sengal, tertinggal akal di rumah. Menambah lagi populasi spesis terancam ini di Penang. Tak caya? Tengok sini.

Kalau dulu aku puji, mungkin hari ini mengubah persepsi aku. Firefly as a whole was a good idea, that perhaps have actually regain MAS reputation. Thus, as what I've mentioned in the complaint email, staffs are assets, but having bad staffs are definitely liability. After all, budi bahasakan budaya kita.

* Perkataan dalam warna merah diluahkan dengan sangat beremosi dan bukan contoh yang baik untuk berbahasa. Hanya meluahkan perasaan geram dan marah. Sila ambil perhatian perkataan-perkataan yang bukan dalam warna merah. Ini juga tidak menggambarkan pengalaman sebenar menaiki Penerbangan Firefly, cuma satu kes terpencil yang mungkin bukan aku saja alami.

Email yang juga penuh emosi dan kemarahan.


2 jam kemudian, bila aku baca kembali email nih macam sengal lak aku rasa. Dengan typo, dengan grammar yang teruk. Acilah kan, dalam taxi.
Haihhh.... Sangat emosi!

Ohoh si kelip-kelip,
Jauh sungguh kau terbang,
Alahai nasib badan,
Tanpa api nan indah,
Kau mungkin cuma langau...
Hehehehehe...

Ohoh... lagi pasal kurang ajar.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Pemain Hebat dari Kedah.....

EncikCayang yang gila bola, memang sangat alert tentang perkembangan bola. Walaupun pasukan kegemaran beliau gagal mengekalkan kehebatan dua musim berturut-turut tetapi beliau masih lagi duk sibuk nak pi menonton di stadium. Alang-alang sudah pulang ke kampung halaman, berbanding sekali sekala saja ketika di Shah Alam dulu.

Berita hari ini sangat mengujakan. Bukan hanya kerana Kedah telah berjaya melonjak ke tempat ketiga tetapi kerana keupayaan Kedah menghasilkan seorang pemain hebat yang mungkin menjadi rebutan kelab-kelab ternama.


Kedah lonjak tangga ke-3


PEMAIN KM Naza, Liew Kit Kong (tengah) cuba melepasi penjaga gol KL Plus, Mohd Amirol Jaihan pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

Kelantan sia-sia peluang baiki posisi liga tewas kepada Johor FC

KELANTAN mensia-siakan kelebihan satu daripada dua perlawanan dalam tangan yang dimiliki apabila tewas 1-2 kepada Johor FC, sekali gus membolehkan Kedah yang mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan sama, melonjak ke tempat ketiga, malam tadi.

Kemenangan skuad Hijau Kuning itu membolehkan mereka merampas tempat Negeri Sembilan - yang bersama Perlis dan Selangor tidak beraksi malam tadi - sambil menolak pasukan itu ke tempat keempat diikuti Kelantan.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Johor FC bangkit daripada ketinggalan 1-0 menerusi gol Mohd Nor Farhan pada minit ke-23, untuk menang hasil jaringan Azizan Baba yang bijak meloloskan diri dalam kotak penalti untuk meledakkan rembatan melepasi Mohd Shahrizan Ismail tujuh minit sebelum rehat.

Azizan menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kedua pada minit-60 untuk memastikan Johor FC mengutip tiga mata.

Di Stadium Darulaman, KM Naza meraih tiga mata berharga selepas menundukkan KL Plus 2-0 menerusi dua jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, masing-masing pada minit keempat dan 87.



Di Stadium Batu Kawan, pelawat membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Mohd Khyril Muhymeen sebelum S Thinagaran menghukum kealpaan pertahanan lawan bagi menyumbang gol penyamaan tuan rumah.

Gol kemenangan skuad Hijau Kuning hadir pada minit ke-75, selepas pemain gantian, Mohd Azrul Ahmad yang masuk tidak sampai seminit, menyumbang gol kedua pasukannya apabila menanduk masuk hantaran lintang Mohd Azrul Ahmad bagi menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Faizul Yusoff.



Bolehkah anda mengesan pemain berbakat tersebut? Haihhh... aku nak pi google keenseman pemain tersebut. Sangat terel gila babas.. Dia bagi lontaran dia jugalah yang tanduk bola......ada harapan jadik Kaka Malaysia dak? Heheheheheheh.. Kalau anda tak perasan, sila baca lagik skali ayat-ayat yang warnanya berbeza okeh...

Pssstttt... Editor tertidoq kot semalam. :)


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, May 12, 2009

So, Siapa yang Haram?

Kisah I


Setelah sekian lama menghilang, seorang wanita pulang dengan dua anak di pangkuan, tanpa sebarang bukti pengenalan.

Katanya, dengan yakin, punya sijil kahwin nun jauh di seberang sungai sana. Disimpan baik-baik oleh Sang Suami dalam fail hijau. Katanya sungguh-sungguh, ada di situ, tetapi fail telah diambil dek polisi ketika rumahnya digeledah, suaminya dibawa ke lokap.

Pulanglah dia disambut dengan tangan terbuka oleh Sang Bonda, dan segala urusan dilakukan. Akhirnya, sang anak yang berdua itu didaftarkan dengan pernyataan, bapa tidak dapat dikesan.

Hatinya walang, tepi demi hidup biarlah didiamkan saja. Biar apapun kata saudara-mara, dia sudahpun diterima.



Kisah II


Seorang Ummi tua, sudah bersusah payah mengayuh basikal pada hari-hari mudanya demi membesarkan empat bersaudara. Menjaga seorang ibu tua yang uzur, dan suami yang jua uzur. Tangan tua itu memasak juadah untuk jualan, ke sekolah mengajar pagi dan petang, dan masih tangan tua itu menebas semak lalang dikeliling rumah.

Namun, bila putra sulungnya beriya-iya mahukan mobil, tangan tua itulah yang memberikan duit muka. Dan beli putrinya membuat onar, hilang bersama kekasih hati membawa bersama mobil itu, Sang Ummi jua yang perlu membayar bayaran bulanan, kerna kata Putranya, "Ummi yang salah, Ummi benarkan dia membawa keretaku"

Walangnya hati Ummi, menebalkan muka bercerita kepada saudara mara duduk benar kejadian. Biarlah apa kata mereka, mereka tetap zuriat darinya.



Kisah III


Seorang putri tanpa pengetahuan bondanya, tega bercanda-canda dengan kekasih hatinya dan membelakangkan pesan Bonda.

Bonda sering-sering mengingatkan dan Sang Putri acapkali mengiyakan. Tapi sekadar mengiyakan tanpa laku yang sebenarnya.

Hatinya rasa bersalah, tapi terus tega.




Kisah IV


Sebidang tanah yang subur yang selama ini tidak difaraidkan dengan adil telah dikembalikan pada tuannya, seorang lelaki tua. Lebih dari sedekad dia berusaha mendapatkan haknya. Akhirnya saat itu tiba, haknya telah diberikan. Maka dia dapat membenarkan hak untuk anak-anaknya.

Malangnya, saudara-saudaranya masih tidak berpuas hati lalu mengacau-ngacau Sang Tua dan dihalaunya dari perusahaan kebunnya. Sang Tua dengan kudrat yang sedikit berusaha mendapatkan kembali dengan sokongan dari anak-anak.

Akhirnya, yang hak pasti akan menjelma mengalahkan yang batil. Terbuktilah tanah itu memang haknya dari azali.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh kudrat tua, tanah yang kecil itu diberikan pada anak-anaknya, terpulanglah pada mereka bagaimana mengusahakannya. Dia tega, demi melihat kegembiraan mereka.

}
{


Banyak yang terjadi, pelbagai kisah dan ceritera. Untuk kita lihat dan analisa, terpulanglah pada mata hati untuk menilainya. Penilaianku mungkin berbeza, yang padamu putih padaku mungkin kelabu pula.

Subjektif.


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, May 5, 2009

Keajaiban Dunia 2



Aku tak pernah bertindik. Walau sekalipun. Tersedar bila lepak-lepak di bilik teman semasa di matrikulasi. Pertama kali tinggal di asrama bersama teman-teman.

Baru terperasan akan keadaan. Bila ku tanya pada mama, kenapa tak pernah walau sekali disebutkan? Jawabnya, "Ohhh, haahlah, mama terlupa!"



Bertahun-tahun kemudiannya baru punya kekuatan untuk mencuba. Rasa? Macam stapler telinga sendiri. Cubalah... :)


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, May 4, 2009

Keajaiban Dunia




Kata EncikAngah, keajaiban dunia.

Haihhhhh.............!

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.