Monday, February 23, 2009

Maassalamah.....

Maassalamah ya ammi,
Dua dekad kau diuji.

Maassalamah ya ammi,
Doa dan selamat dari sini,
Rahmah dan barakah moga menemani,
Menghadap Rabbi di Kursi.

Maassalamah ya ammi,
Ilalliqa' di Akhirat nanti.

TOD : 1.00am, 22 February 2009
Cu, Kuala Nerang, Kedah.

Edited atas permintaan ramai.. hehehehehe... =)

Ammi = Pakcik
Maassalamah = Selamat Tinggal
Ilalliqa' = Jumpa Lagi
Kursi = sila rujuk tafsiran Ayat Kursi ye.. :)

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Sunday, February 22, 2009

Lamaran

"Saya dengan rendah diri ingin menawar diri menjadi isteri awak, Sazli. Saya sudah berumur berbanding awak. Mungkin orang tua awak tak dapat menerima. Saya dengan rasa amat kecil dan kerdil ingin menawar diri yang tak seberapa ini untuk menjadi suri hidup lelaki sebaik awak"

"Atas nama Allah, demi Rasulullah, saya melamar awak..."

"...dan demi Allah, saya menerimanya. Salsabila, saya lamar awak semula..."

Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Friday, February 20, 2009

Sekangkang Kera

Besar sungguh jarak sekangkang kera,
Tak tercapai dek kaki,
Tak teraih dek tangan.

Sungguh-sungguh berkecil hati.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Kerja Tuhan

Lagi entry berjadual..

"Ah, siapa yang dapat mengira kerja Tuhan!", Teh Sofia.

Tunggu Teduh Dulu dari Faisal Tehrani.



Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Thursday, February 19, 2009

Ganjil

Ini entri berjadual.. Dari Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani

Puisi Emha Ainun Nadjib, lewat SMS Dendy untuk Teh Sofea.

Tuhanku..
Sungguh ganjil,
Bagaimana bisa sekian lama,
Aku tergiur,
Oleh yang bukan Engkau.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, February 18, 2009

Terikat dan Memiliki

Ini entry berjadual.. Baru sudah mengkhatami Tunggu Teduh Dulu, dari Faisal Tehrani.

"Sedetik juga terlalu lama kalau merindui cinta yang manis. Tapi Sal, awak mesti ingat sentiasa, jangan terlalu rasa terikat dan memiliki". Saya kejip mata. Kata-kata itu, bukankah kata-kata itu kata-kata yang sering diulang oleh Teh Sofia? Kata-kata yang diperolehnya daripada Dendy. Kini kata-kata yang sama disebut suami saya.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, February 17, 2009

Stok Tak Boleh Kacau

Beberapa hari lepas, aku melawat seorang anak teman di wad, kes Denggi. Ohoh, kes Denggi sangat berleluasa sekarang. Mungkin sebab cuaca di sini yang sangat lembap kebelakangan ini. Silalah berhati-hati ye anda-anda semua. Pastikan tiada air bertakung yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes.

Aku memang ramai kawan-kawan lelaki. Memang rapat. Kebanyakkan akan bertindak seperti abang. Pendek kata, kalau ada yang cuba nak kacau line, silalah mengadap mereka-mereka ini dulu. Tu, baru abang.. belum lagi kakak-kakak. Hohhhhhhhh.......

Tapi, bila kawan yang kita rasa sangat rapat, tiba-tiba buka jalan untuk seseorang yang memang dah dikenali sangat gatal, dan dah lamapun kita bertahan dari sesi-sesi menggatal mereka, kita rasa macam sedikit terpukul. Mana kawan yang sepatutnya jadi pelindung, dan yang akan letak label "Stok tak boleh kacau" pada title kita? Hoh...

Terima kasihlah CikL sebab buat muka tak puas hati dan jeling sakan masa sesi tersebut berlangsung. Takpe, InsyaAllah... aku masih pandai jaga diri.

Malam ni aku berangkat pulang ke kampung. Syiokkkkkkkkkkk!!

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, February 16, 2009

Aktiviti Makan-makan

Sabtu lepas, ada makan-makan. Sebagai seorang yang pemalu, cewaaahhh.... perjumpaan gini memanglah agak mendebarkan.

Dah banyak Zonaku, dan Jard cerita. Syah je belum cerita. So, korang tengoklah gambar yang aku cilok ni. Aku tak banyak snap gambar malam tu, sebab... apa guna Zonaku bawak camera canggih-canggih kan kalo tak digunakan?? Muahahahahaha......

Lagipun, sebagai gadis-gadis ayu dan pemalu, kompemlah kan.... gambar penuh tak akan dimuatkan di sini. Kehkehkeh.. Ohh, zonaku tiada dalam gambar. Sebab? Sebab dia tengah amik gambar daaaaaaaaaaaa......

Cumanya, aku tak puas hati bila Jard tanya, "Encik Cayang ko mana?"

Heppppppppppppppp..... ko datang jumpa akulah, bukan beliau! Muahahahah... Itu orang tengah tengok bola malam tu. Nasib baik menang, siap telefon aku suruh dengar orang nyanyi Negaraku kat stadium. Stadium Darulaman...... Hohhhhhhhh....

Apa-apapun... Seronok jumpa kalian semua. Aku sangat kenyang. Dan aku tabik spring kepada Jard, siap buang segala lemak. Hohhhh.. tetiba aku rasa nak letak jawatan! Hahahahahahha..

Pssttt... aku lupa nak cakap. Gila la romantik member aku malam tu! Muahahahah.. jenuh weh kitorang skodeng ko! Well.... takpe, pahala memaafkan lagi besar yek?? :P


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Thursday, February 12, 2009

Keropok Lekor Penawarku

Kebelakangan ni, memang aku sangat sibuk. Tugasan yang melambak, dan juga exam. Exam lagi? Yelah... semester ni dah nak habis pun. Bila dah nak habis, macam biasa banyak benda perlu dihantar, dan banyak exam perlu dihadiri.

Lebih-lebih lagi menguruskan hal rumah, pertukaran alamat dan juga beberapa benda yang lain.

Dengan semangat yang separa berkobar-kobar, aku memandu ke Hospital Serdang untuk konon-konon menjalani pemeriksaan kesihatan. Pukul 9.30pagi. Awalkan.....?

Sesampainya di sana, aku diberitahu hospital tidak lagi menawarkan khidmat pesakit luar. Ohoh.. aku lupa. Hospital kini jadi pusat tertiary. Hohohohoh.... Dalam perjalanan ke kereta, aku terjumpa Encik Rasuddin, ala.... bapaknya Sarah Raisuddin tu. Dengan berjaket semua, taklah aku tanya kenapa, lepas dia ambil autograph aku, teruslah dia blah.. Takdelah pulak aku tanya kenapa, kang melebih pulak. Kataku membohong dengan harapan anda semua percaya... Hahahahahahha...

Sampainya di Klinik Kesihatan Semenyih, dia bilang klinik untuk pemeriksaan kesihatan dibuka setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2 hingga 4 petang. Aku sampai jam 11, terus aku keluar, ambil gambar pasport untuk segala borang, dan kemudian call ejen kereta aku untuk ditukarkan alamat.

Beli santapan, dan sudah melantak, aku ke sana semula. Tepat jam 2 petang dan nombor giliran aku adalah 20. Diulangi 20. Hohohohohoh... tunggu punya tunggu, jam 3.15 aku masuk dan dia bilang, keputusan ujian akan diperolehi pada 3/3/2009. Dan waktu itu, sah-sah aku dah ada di tempat baru. Hohhhhhhhhhhhhhhhhhhh... 5 minit saja, dan akupun keluar. Apapun tarak. Kena buat kat kampung halaman jugak. Hohohohohoh..... Jam 3.30, dan jalan sangat jem, padahal rumah aku depan tuh ja.

Saat-saat begini.. aku rasa... aku rasa macam nak makan keropok lekor. Hmmm... dan aku tengah makan pun sekarang. Haihhhh.. nikmat betul! Alangkah best, kalau dapat keropok losong.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Sunday, February 8, 2009

Setahun...

Ini entri dedikasi, sila jangan lanjutkan pembacaan jika anda risau mungkin akan mengalami masalah muntah-muntah yang serius.




Cayang,
Setahun yang lalu,
Tarikh ini,
Pertama kali.

Cayang,
Setahun yang lalu,
Tarikh ini,
Kita sendiri-sendiri.

Cayang,
Setahun yang lalu,
Tarikh ini,
Masih,
Pelbagai kerenah,
Berbagai perangai,
Yang pelik-pelik, yang memeningkan..

Terima kasih...
Untuk semuanya..

Malam tadi bulan terang,
Sangat terang suluh muka orang,
Terima kasih untuk kasih sayang,
Orang cayang cayang....


The song you dedicated for me before....






Related post is here, and here.



Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Thursday, February 5, 2009

Muntah

Bukanlah aku apa-apa. Menyepi sampai seminggu lebih. Cuma rasa malas, bercampur tak sihat. Tak sihatpun bukan kerana apa, tengah teruk demam aku pergi kononnya beristirehat ke Cameron Highland dan minum air kelapa laut sampai hilang suara.

Bukannya aku sengaja. Betul. Mama aku bilang nak datang ke Kajang. tiba-tiba dia bilang, "Mama dan abah nak ke Kampar saja"

Terus, malam itu kami ke sana. Jam 12 sampai. Sampai saja mereka bilang, PakSu ajak ke Cameron. Teruslaaaahhhh.. Tengok.. aku tak sengaja. Dari situ aku terus balik ke Pendang, pun bukan apa, aku jadi driver Abah. Tinggalah EncikAngah memandu sendiri ke Kajang. Di Pendang, line EncikMaxis tak baik. Lagipun aku sibuk berkepit dengan Mama, ke Kuala Nerang, ke rumah saudara mara... dan tidur-tidur jua. Ehhh.. aku nak cerita aku Kampar, melalut sampai ke Pendang.

Ohoh.. alangkah damai kampung halaman. Dah lama tak pulang menjenguk Bagan Dato, makan-makan di warung Wak Saman apatah lagi ke Mastan Ghani. Ke Kampar pun ibarat melepas rindu di hati. Inikan pula ke Cameron.

Cuaca sejuk, sejuk yang mencengkam-cengkam. Makan sampai nak muntah. Macam-macam. Pencinta sayuran memang terasa nikmat begini. Tapi muntah ini seronok, sebab selepas nikmat.

Bukan seperti nak muntah melihat apa yang terjadi di Perak sekarang. Aduh.... tanah airku.


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, February 4, 2009

Kosong

Kosong itu sesuatu yang normal, di mana tiada positif mahupun negatif. Selalu-selalu jugak disebut sebagai berdiri atas pagar. Neutral. Zero, nil, kosong... apa saja istilah. Tetap merujuk pada benda yang sama.

Kosong juga merujuk kepada rasa seperti tiada apa-apa. Helpless. Bising yang terasa sunyi, ramai yang terasa sendiri. Sepi, hingga bagai satu tepukan boleh membuahkan gempita di dalam hati. Menggoncang rasa, lalu kadang-kadang mengalirkan sendu.

Kosong yang walau dibujukpun tidak padam, lalu bagaimana? Bila rasa tidak diperlukan walhal kita merasa sangat memerlukan juga memberi impak kosong. Tidak mengapa merasa bosan, tetapi merasa seperti membosankan, membuat orang bosan, sudah jadi entiti bosan, yang bosan lagi membosankan suatu isu.

Lalu, salahkah kalau aku rasa terpinggir? Merasa kosong yang neutral tanpa sebarang rasa tidak mengapa. Tetapi merasa kosong seperti ini, ohoh...... Benarlah, hanya Tuhan milik kita. Tiada beza, dan sentiasa ada bila-bila masa. Setiap milisaat yang kita memerlukan mahupun terasa seperti tidak memerlukan, sedangkan terang-terang Dia memang tidak memerlukan.


Aku kosong. Errr... kosong-kosong, boleh juga, sepuluh-kosong.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.