Saturday, January 24, 2009

My three years journey ends today

20th February 2006 marked a new beginning in my life. That was the first day that I stepped my foot in the "bau kedai" setting, where actually operation is only done at minimal basis at that time. The boss personally called me telling that they have forgotten to “invite” me to join the club, and me with high spirit came to report duty on that day at as early as 8.00am, while the office only started operation at 9.00am.

My storyline will not be as interesting as the rest of the pioneer team where they teamed up to clean up the whole building nor receiving high tech unknown equipments, but I still remember the days that I have to sit on the floor doing my job, and photostating lots of forms for all departments. Mingling around introducing myself to others and developed my very own system for my services.

And after about three months, our contracted operator terminated their operations and forced me to join my few staffs at that time to even clean all the dishes and pushed trolleys. I still can see the hectic days that I had to fight to get staffs, to set up equipments, searching for suppliers and to cracked head trying to breakeven when the boss told me the equipment that he had chosen will cost us nearly RM120K and total up the whole lot of cost that I had that time nearly half a million.

The days that I fought for my own comfortable chair, my PC and my printer. I fought for my staffs uniform, staffs welfare and others. Ohoh.. macam warrior lak aku rasa...

I have learned a lot. I have learned to become a friend and an enemy, a boss and a colleague and a leader and a follower at the same time. There are sweet and bitter, but I preferred to cherish all the lovely moments that I had.

And today, 24th January 2009, after nearly three years, I will be leaving my big family ever. I have big sisters, lil sisters, big baiyi, handsome boys, adiks, and even a so called mom here... and all of them have actually made me burst into tears many times today. Where there are good byes, hugs and tears, I was poured with love that amount is never been imagine before.

After lots of scolding to my staffs, sometime even yelling, I never taught that they will cry seeing me leaving. But I wonder, that was happy or sad tears? Muahahahahaha...

I will never forget the three years of struggle, to series of staying at office until 3.00am, series of events from First Anniversary Celebration, Merdeka Celebration, Blood Donation, TV interviews, talks and screening, to trips of picnics, ISO achievements, ICC projects, Sport Carnivals projects and lots of others.

I will not regret my decision of leaving but sure I will miss all of the friends. The friends that have given endless friendships. May Allah blessed all of you, and do take care.

This is the place that have taught me a lot. The place that I grew up together in many ways. Where have witnessed lots of down days, and where the first time I met my EncikCayang my greatest happiness now. Thanks Allah for all these days given. Owh.... again I'm lost in my own tears.

Felt like half of my life is missing. I can today put my uniform aside, rest forever after a long year of service. And today, my three years of journey end. Good bye, KPJ Kajang Specialist Hospital. My cards as Dietitian for you will rest at peace not to be used anymore.

Semoga aku dianugerahkan yang terbaik untuk hijrah aku tahun ini. :)

Half of my staffs



Friends



My Office


Talk


Function



Health Screening

Sport Carnival

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, January 21, 2009

Melankoliknya aku

Aku simpan entry ini sejak Ahad lalu. Takpelah... dah alang-alang simpan, aku publishkan saja.

Aku melankolik. Memang. SO?

Aku hati tisu. Betul. SO?

Kau ada masalah? Ada aku kesah?

Kalaupun aku ada masalah, aku tak mintak kau betulkan. Kalaupun aku sedih, menangis teresak-esak, ada aku mintak bahu kau? Kalaupun hati aku hancur, berderai, ada aku mintak kau tolong kutip, cantum-cantum agar aku boleh guna semula?

Tak. Aku tak pernah mintak.

Jadi, kalau kau cuma cari aku bila masa kau perlukan aku, jangan cuba-cuba nak beri kesimpulan atas hidup aku. Kalau kau cuma ambil tahu tentang aku cuma untuk isi masa lapang bila tak ada orang lain nak layan kau, sila jangan sibuk-sibuk nak jadi prihatin. Kalau kau cuma perlukan aku bila kau teringat, jangan cuba-cuba nak hadirpun dalam hidup aku. Kalau kau cuma ingat aku bila tiada sesiapa ingat kau, tapi bila kau dengan aku kau mula ingat satu dunia, aku rasa kau tak faham erti sahabat.

Aku bukan sampah biarpun aku melankolik mahupun hati tisu. Kalau waktu gembiramu aku kau anggap mengganggu.

Bila aku tak pernah mintak apa-apa dari kau, aku rasa aku layak akhirnya untuk sekali ini untuk mintak.... Aku mintak kau pergi jauh-jauh dari hidup aku. Sebab aku takde perasaan nak melayan kau. Jauh... pergi jauh-jauh. Aku tak kisah hidup sendiri kalau yag ada cuma kau dan orang-orang seperti kau. Pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, January 20, 2009

Jebat 4

Ahad lalu, seorang teman tiba-tiba menelefonku.

Dia : Buleh dak orang mengandung makan jambu wei?
Aku : Entah, setau aku semua buleh makan kecuali nenas ja.
Dia : Hoooo.... laki aku pepandai cakap tak bolehhhh...
Aku : Hehehehe... tahniah wei, dah berapa minggu?

Tahniah untuknya. Setelah hampir tiga tahun menanti. Segala nasihat yang kutahu telah kuberi. Doaku agar kau jaga diri, jangan nakal-nakal mahupun tensi :)
Aku gembira, tapi entah kenapa aku seakan kelu seketika, dan bagaikan cemburu datang menerpa. Oh, hati.... apa kejadahnya rasa ini? Cemburu menyelinap rasa. Terasa bagaikan tertinggal keretapi, terasa bagaikan.... entah bagaikan apa. Sukar untuk digambarkan, sukar untuk diceritakan.
Moodku entah kemana. Isnin ku diisi dengan pelbagai ragam. Kupandu Sang Putra ke pejabat, tapi malangnya tak dapat dikunci, sudah dapat dikunci, petang sewaktu pulang kuambil masa hampir satu jam untuk membuka, pandu pulang, dan setengah jam lagi untuk mengunci semula. Remote kereta itu sudah diketuk, dicampak, malah sudah dipijak. Tinggal tak ku pecahkan saja, ku hendak sangat-sangat, tapi kutahannnnnn Jebat!
Aku wanita, dan aku serasa sudah ketinggalan.
Terus niatku untuk ke kelas tiada. Lantas Angah kuajak ke pasar malam. Bila turun saja, keretaku pula tak dapat dihidupkan. Aduhhh.... kulihat waranti, bateri kubeli pada tarikh 1/1/08.
Aku wanita, dan tak pantas sendirian. Seorang wanita mampu hidup walau tanpa sang suami, tapi cahaya mata umpama sesuatu yang melengkapkan diri. Dan aku... serasa masih jauh perjalanan. Dan jarum jam semakin kuat kedengaran. Entah kenapa, sebab apa aku terasa begini?
Mujur jua, kalaulah kereta kupandu kekelas, lalu tidak boleh dihidupkan di sana, di tengah Titiwangsa itu, aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... satu kerja pula!

Pasar malam ke mana, apa ke mana... akhirnya makan nasi goreng di gerai depan saja. Tak sedap mana, tapi rezeki sudah di depan mata, kugagahkan kuhabiskan jua Jebat.

Sungguh, setiap perkara pasti ada perkara tersirat ketentuan Yang Esa. Lalu, jangan ada hasad di hati. Setiap kita pasti punya rezeki tersendiri, cuma masa dan ketentuan terserahlah kepadaNya.
Maafkan aku kerana tiba-tiba sang iblis membisik kata-kata cemburu. Aku wanita, dan aku pasrah pada ketentuan Yang Esa. Aku bersalah, aku gembira... sungguh. Cuma....entahlah. maafkan aku sahabat.
Oleh itu, Puan Ct Jatt, tahniah. Jaga dirimu, aku tak sabar menanti saat tibanya seorang lagi anak saudara... :)

Mood aku masih belum baik.. aduhhhhh! Rasa ingin terbang pulang hujung minggu ini. Mama, kurinduimu.


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, January 19, 2009

Pengapit-pengapit aku

Untuk tidak mengecilkan hati anak-anak saudara aku yang lain, maka aku letakkanlah gambar-gambar mereka di sini.

Aku memang sangat penat dikerumuni oleh si cilik ini semuanya. Sudahlah ramai, banyak pula soalnya.

Seumur hidup mereka, belum lagi pernah melihat Majlis Pakai Cincin. Natijahnya di akhir acara, ada yang bertanya "Pasaipa Mak Long takpi masjid?"

Ada juga... "Pasaipa Mak Long tak ikut depa?" Huhuhu

Mak Long baru pakai cincin jelah.

Dan mereka tanya "Pakai cincin tuh apa?"

Huaaaaa... aku nak pengsan!

Ini sebahagian dari mereka.

Lagi..

Dan lagi...

Penuh bilik aku. Duk pakat-pakat belek aku kena mekap. Lima minit ja keluar, lepas tu duk ketuk-ketuk pintu nak masuk. Hohhhhh..!!

Yang ini, asyik duk peluk kaki aku.. Hohoho.. Nak gerakpun tak boleh.

Sekian.
Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Saturday, January 17, 2009

Jebat 3

Tiba-tiba aku terfikir, orang Melayu kan sangat percaya kepada Bomoh, Dukun dan sebagainya. Tak bolehke kita hantar santau kat Puak Israel tuh bagi mampuih semua? Nih tak, balik-balik hantar santau sebab dengkikan rumput karpet jiran sebelah takpun sebab raya lepas, jiran depan rumah beli sofa baru sedangkan kita pulak terpaksa guna kusyen rotan yang dibeli masa mula-mula kahwin 18 tahun nan silam.

Hohhh.. aku sangat emosi lepas baca ini! Sangat-sangat, tapi kutahan Jebat!

Aku terfikir je..... Sila ambil perhatian; mempercayai kekuasaan hantu dan syaitan boleh membawa kepada syirik. Percayalah pada Yang Esa. Dia ada!


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Friday, January 16, 2009

Jebat 2

Aku memang sangat-sangat teringin nak makan Zinger Tower Burger itu. Hoh, itu kot nama sebenarnya. Malas nak google. Memang antara favourite burger aku. Aku sanggup alih siaran radio kalau ada iklan burger ni, supaya aku tak tergoda, teringin, terbeli, dan termakan. Aku nak sangat-sangat tapi kutahan Jebat!

Aku taknak rasa tercekik bila makan ketika teringat saudara-saudara aku terbunuh di sana.

Oleh itu, aku makan ini semalam.



Siapa bilang tak boleh hidup kalau tak makan KFC? Jumlah yang aku perlu bayar semalam adalah RM18.30. Aku makan dengan EncikAngah sampai sangat kenyang. Yang penting, harga yang sama kalau beli Burger Kekayaan kesukaan aku itu baru dapat satu, kan?kan?

Dalam perjuangan, perlu istiqamah. Aku cuba, tak mampu semua, sedikit pun tak mengapa. :)

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Petition to the EU for Palestine

Aku akan biarkan entry ini di atas buat seketika okeh... :)

Tiada kata dapat menggambarkan kesengsaraan mahupun kesedihan yang mereka lalui. Sungguh, mungkin jika kita di sana, tidak mampu tertanggungkan. Selama lebih separuh abad, seksaan dan penderitaan diberikan sebagai ujian.


Yok, sila masuk ke sini.




Sila sebarluaskan. Jazakallahu lakum. Allahu maana.

~~~~~~~~~~~~~~~~Updates~~~~~~~~~~~~~~~~~

7 tindakan Ringankan Derita Penduduk Palestin

Donation can be done here : Islamic Relief Malaysia



Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Thursday, January 15, 2009

Ayra and School



Ini adalah Ayra Khairina. Anak sepupu aku. Sejak Aidilfitri nan lalu, dia langsung tidak mahu bertegur sapa dengan aku. Entah silap di mana, langsung tidak diendahkannya aku. Aduhh.. sedih hatiku ini.

Sabtu nan lalu, ada aruh di rumah Pak Njang. Aku sampai sesudah rewang selesai. Sekadar mengisi perut dan lepak-lepak bersama kulaan yang lain. Hari itu, akhirnya dia mahu bertegur sapa, setelah gambar ini kutunjukkan.

Baru berusia tiga tahun, ummi sudah hantar ke taman asuhan. Bukan apa, membiasakan dia berdikari sementelah tahun ini si cilik Ayra bakal menjadi kakak. Ke sekolah bersama dua lagi anak jiran sepupuku. Minggu pertama persekolahan, menangis sakan sambil memujuk Amelina, teman sebelah rumah.

Dia bilang, "Don't cry.. Ummi work.....Papa work..." Hahahaha....

Kalau ditanya, mahu tak lagi ke sana, pasti jawabnya sungguh "No school, school tak best. Ayra home"

Dia sudah pandai bina ayat. Ohoh.. rindu aku padanya. Umminya bilang, "Tak apalah, tahun ini Ayra stay home ok?"

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, January 13, 2009

Jebat

Aku bukanlah hendak menyalahkan takdir. Tidak. Langsung tidak. Biarlah apapun yang terjadi, sesekali tak pernah terlintas pun aku untuk mempersoalkan ketentuan Yang Esa. InsyaAllah, aku akan cuba untuk pasrah terhadap segala qada dan qadarNya.

Aku juga tidak menyalahkan takdir bila mana, aku keluar awal ke kelas malam tadi pada jam 6.oopetang dan cuma sampai ke kelas pada jam 8.30malam. Kemudian aku hanya mula menjawab kertas peperiksaan pada jam 8.45malam berseorangan di bilik rehat pensyarah. Akhirnya ada 2 soalan yang aku maha tidak tahu jawapannya. Aku keluar pada jam 9.50malam. Aku fikir, aku yang terakhir, rupanya masih ada lagi yang bertungkus lumus menjawab soalan. Ohoh... Sang Pensyarah kegemaranku hanya melihat jam sambil melemparkan senyumannya yang sangat indah itu. Eheh....

Sungguh, aku tidak mempersoalkan takdir itu. Cuma, aku sangat rasa nak masuk ke Operation Theatre, mintak sang doktor buang gigi bongsuku yang membuatkan aku rasa seperti kedua-dua rahang atas dan bawah ku seperti hendak tercabut. Itu sajaaaaaaaaa...... Ohoh..! Sangat-sangat, tapi kutahan Jebat!


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, January 12, 2009

Am I a Princess?

Dah lama aku peram. Disebabkan aku takde mood nak berblog ditambah dengan exam, hari ini, esok dan lusa.... Maka aku postkan ini saja yaaaaa...
I've done this. From Yatie's blog. Heheheheh


Cam kelakar jer... Heheheheh



Image hosted by Photobucket.com


Pure and trusting. You are a gentle soul who can get along with just about anyone. Everyone you meet instantly falls in love with you. How can they resist? You have a pure, lovable nature that's irresistable. Just don't trust everyone who comes across your path.


Which Disney Princess Are You?


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Friday, January 9, 2009

Komunikasi

Komunikasi, jadi berbeda pada beza pangkal cerita. Yang dulu riuh bercanda, kini suram hingga kekadang beralih cerita.

Mungkin bosan, atau sudah lali kisah yang sama. Mungkin juga sudah tiada penariknya.

Yang dulu sekecil hama bisa dibincang berhari lama, kini yang besar sebesar dunia selalu terlupa dalam agenda.

Oh, alangkah... banyak sekali beza.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Wednesday, January 7, 2009

Apa korang rasa?



Bila, tiba-tiba ada seorang junior, yang muda lima enam tahun dari korang cakap dia sedang cuba-cuba nak pikat korang?

Dan tiba-tiba, manusia lain yang paling korang takuti, bilang pada korang, yang dia terlambat nak hantar proposal untuk test line korang, dalam lif ketika cuma ada korang berdua sahaja?

Rasa nak pengsan??

Kalau aku.... Aku rasa aku akan cakap "Ohoh, takpelah... saya sudah ada EncikCayang, tengok... saya pakai cincin yang dia beri" sambil dalam hati mengesahkan lagi teori tahap kecomelan dewata ke-14 aku. Itu kalau akulahhhhhh.... hahahahahhahaha


P/S : Aku update sikit, sebab tukang ambik gambo nih hampir-hampir dah nak majuk.. :)

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Tuesday, January 6, 2009

Lekas baik ye Cayang....



Lewat sms semalam,
Dia bilang ada merah di badan,
Sudah seminggu demam-demam,
Selsema dan lenguh di badan.

Ohoh, entah bagaimana rupa EnCayang?
Habis merah satu badan,
Entahkan sakit sampai mengerang,
Rasa nak gelak, eheh.. tapi kesian.

Entah bagaimana rupa EnCayang?
Masih berjaga ke lewat malam,
Tengok bola di tengah padang,
Uit cik abang, awak tu demam.

Lekas baik ye Cayang,
Bosan MC sampai dua minggu,
Sapa nak YM dengan orang?
Ohoh, sangat bosan hari-hariku!

Lekas baik ye Cayang,
Habiskan antibiotics dan makan ubat,
Kalaulah daku boleh terbang,
Dah lamaku pulang duduk dekat-dekat.

Lekas baik ye Cayang... :)

~~Update~~


Dia bilang, suspek denggi..
Ohoh.. tiba-tiba semangat kuhilang....


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Monday, January 5, 2009

Pelik

Rasa sangat pelik, bila orang yang bakal gantikan tempat kita duduk di hadapan meja dalam bilik kita.

Ohhhh..... aku cuma paksa dia buat sikit saja kerja. Bukan apa, senang aku nak jalan-jalan kat blog orang. Eh.. bukan, bukan... senanglah untuk dia buat kerja di masa depan.

Ohoh... lagipun, pada tahun baru ini, aku datang awal ke kerja, awal 10 minit dari selalunya. Tapi kad tetap merah.. Sebab? Yelah, dah aku datang 8.35am. Awallah tu, dari 8.45am. Hehehehehehhehe.....

Lupa, Good Luck untuk penggantiku. Welcome to my world!


Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Friday, January 2, 2009

Bagaimanakah saya mengakhiri tahun 2008?

Saudara dan saudari,

Benarkan saya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan di atas. Saya telah mengakhiri tahun 2008 dengan perasaan yang sangat bercampur antara gembira, kurang berani, bosan, mengantuk, lawak, letih dan kenyang. Kenapa? Itulah yang kita akan siasat.....

Baiklah. Pada hari tersebut, setelah bersiap-siap dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian maka sayapun telah keluar untuk mendatingkan diri dengan EncikCayang. Yelah... dengan dialah takkan dengan Muthusamy mahupun Ah Chong depan rumah saya. Perlulah diingatkan bahawa walaupun saya sangat comel dan baik hati lagi pemurah bahkan menjadi kegilaan ramai, saya adalah sangat setia orangnya. Saya hanya keluar dengan seorang saja dalam satu masa. Yelah, macam mana pulak saya nak berlaku adil kalau keluar dengan ramai orang dalam masa yang sama. Hishhhhh..... sangat susah. Lainlah kalau hari ini keluar dengan EncikCayang, esok dengan Brad Pitt dan lusa dengan Orlando Bloom. Barulah dapat berlaku adil..... Kan?Kan? Ohoh, saya harap EncikCayang tidak membaca kenyataan ini. Saya rasa seperti hendak menggelapkan saja tulisan di atas.

Baiklah. Berbalik kepada soalan di atas, maka kamipun keluar ketika jam berdetik 3:35:01. Ya, sangat tepat sekali? Kenapa? Sebab saya auta saja. Sila jangan percaya. Sebenarnya lebih kurang pukul 3.30 begitu. Tempat tujuan pertama adalah Metro Point Kajang. Setelah merasuah EncikCayang dengan secawan Cadburry Drinks, maka diapun bersetuju untuk melawat Fish Spa di sana. Namun begitu, setelah melihat harganya yang bernilai RM30 untuk setengah jam sahaja, maka kamipun berlalu untuk makan Beef Stick sambil berkata "Hoh, dari duk rendam kaki kat Ikan Makan Cekam tu, baiklah kita pi makan menggunakan nilai yang sama.."

Setelah selesai sesi makan-makan dan sedikit tazkirah mengenai pentingnya menjaga kesihatan paru-paru, maka kamipun bertolak ke mana saudara dan saudari sekalian? Yeeeee... ke Alamanda. Tujuan? Nak shopping, tengok wayang dan kalau sempat nak tengok bunga api. Yelahhh... malam tahun baru nak tengok bunga apilah, takkan nak tengok orang sabung ayam pulak.

Kami sampai tepat pada pukul 10:09:25 dan kelihatan pintu-pintu kedai sudah mulai ditutup. "Ait... awalnya?" kata kami kehairanan. Hoh.... dah 10.00 malam mustilah mereka dah tutup, mereka pun nak sambut tahun baru juga.

Maka kamipun dengan riangnya menuju ke kaunter tiket wayang untuk memilih mana-mana filem yang menarik untuk ditonton. Hoh.... saya sangat gembira kerana dalam seminggu ini, hampir setiap hari saya dapat melihat rambut tercacak EncikCayang. Ye, saya sangat happy sekali. Sangat-sangat. Sebab itulah saya kata, saya sambut dengan gembira. Thank you cayang.. :)

Malangnya, hanya tinggal beberapa cerita sahaja yang boleh ditonton. Ada juga yang mungkin best seperti Outlanders dan IP Man, tapi tayangan sangat lambat. Kamikan nak tengok bunga api. Maka kamipun mengambil keputusan untuk menonton The Spirit. Ye, saya sudah agak gementar ketika itu. Hoh.. saya adalah seorang manusia yang kurang berani ye adik-adik, bukan takut! Betul... saya tak takut. Tajuk cerita itu sedikit mengerikan.

Setelah diyakinkan oleh EncikCayang, maka masuklah kami menonton cerita The Spirit itu. Kesimpulannya, jika anda sangat bosan mendengar lecture dari pensyarah anda, maka yakinlah bahawa cerita ini lebih bosan dari itu. Mereka sangat suka bercakap dan bercakap tanpa henti-henti seperti betapa banyak bercakapnya semua karektor dalam cerita Kala Malam Bulan Mengambang. Dari keadaan bosan, saya mulai mengantuk dan tertidur sekali sekala. Panggung juga jadi sunyi, dan pada babak-babak yang agak lawak, cuma kedengaran kekehan yang sangat minimum. Saya fikir mungkin mereka juga tertidur, tapi kalau-kalau tidak, itu saya kurang periksa.

Setelah berakhirnya tayangan jam sudah melepasi 12:00:00, maka sudah pastilah tiada bunga api yang dapat kami saksikan. Maka kamipun dengan segala daya usaha mencari tempat parking. Setelah banyak U-turn, maka kami selamat sampai, tetapi ketahuilah bahawa Alamanda sangat hampesssssss... Adaka patut, lampu depa tak pasang.. jenuhlaa kami duk chari merata kereta, dahlah tu, maha susah nak keluaq dari situ, pusing merata-rata.. hissshhhhhh!!! Owh, maafkan saya ya... teremosi pulak.

Dari sana kami ke Down Town di Cheras. Manusia agak ramai. Agaklah.... Sambil-sambil melihat manusia dua alam menari lincah, kamipun berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Lawakpun ada... Heheheheh... Ada Inul, ada Anita Sarawak. Tapi yang bukan dua alam, er, maksud saya manusia sebenar adalah Atie AF, Ayati Tasrip dan Roslan Syah. Oh ya, kami juga nampak Didie Alias.

Selesai sesi meletihkan kaki sendiri, kamipun pulang ke Kajang untuk memulakan tahun baru ini dengan roti canai dan teh tarik. Sangat kenyang dengan makanan itu, ditambah dengan pelayan berwajah kelat seperti baru lepas tertelan pil chikitteckaun, mungkin kerana tak dapat cuti menyambut tahun baru sambil diselangseli oleh sekumpulan kanak-kanak yang sangat seronok mengutuk orang lain tidak cantik sedangkan diapun tak semenggah. Hissshhhhh.......!!!! Nak je aku tolong sound mereka bagi pihak mereka-mereka yang menjadi mangsa itu. Owhhh... maafkan saya... teremosi lagi.

Setelah melalui fasa-fasa perasaan yang sangat bercampur antara gembira, kurang berani, bosan, mengantuk, lawak, letih dan kenyang... pulanglah kami ke pembaringan masing-masing untuk tidur dengan harapan akan bangun awal pagi untuk mengukur keluasan Sogo pula.

Sekian dulu jawapan saya. Oh, jawapan itu sangat panjang. Terima kasih.

Oh ya, saya ada pesanan penaja. Terima kasih cayang for rushing back that night. Orang cayang cayang.

Esok EncikCayang sudah mahu pulang, dan saya rasa sangat.. er... sedih. Takpelah... Cayang Bucuk..!!! Hehehehe... maaf atas kenyataan berbaur jiwang ini. Sila jangan muntah di tempat anda ye!

Saya tengah cari nombor Orlando Bloom ni.... Muahahahahhahahahahahha

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

Nombor-nombor

2009 Masihi, 1430 Hijriah. Hijrah Dirai Masehi Dinanti.

Setahun lagi bertambah. Benar, hanyalah nombor.

Aku, baru beberapa hari yang lalu menyambut ulangtahun kelahiran. Baru beberapa hari melepasi tahun pertama untuk suku dekad kedua hidupku. Benar, hanyalah nombor.

Tapi tahun yang berganjak itu makin menguatkan lagi "the thicking of biological clock". Ohoh.....

Sungguh. Semasa di suku pertama, aku masih dengan sangat yakin berkata, ya, aku masih muda! Tetapi, sejak setahun yang lalu, aku makin ragu-ragu... maka benarlah aku sudah tua.

Bukan usia yang bertambah yang aku gusarkan. Tetapi usia yang berbaki yang aku khuatirkan. Ohoh.... Jika yang berbaki cuma dua tahun, sempatkah benih kutanam di ladang dunia, lalu hasilnya kukutip untuk bekal di pasar akhirat?

Benar, hanyalah nombor. Namun, nombor itulah pemberat timbangan. Ya... benar!

Selamat tahun baru dan salam maal hijrah. Aku masih dalam mood malas membalas komen.

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.