Thursday, August 27, 2009

Hikmah di Sebalik Sesuatu



Hari pertama Ramadhan tahun 2007 yang lalu merupakan hari pertama kami dari Cohort 22 memulakan kelas. Masing-masing masih tidak kenal sesama sendiri, cuba menyesuaikan diri lari dari zon selesa selama ini. Ada yang sudah 18 tahun tidak hadir ke kelas, ada yang anak sudahpun sebaya aku.. pelbagai cerita, dari latar belakang yang sangat pelbagai. Ada dari industri kesihatan, insurans, pelaburan, sektor kerajaan, Tabung Haji dan sebagainya. Oh, peguam pun ada. Sesi perbincangan menjadi hangat dek pelbagai idea dan pengalaman dari sektor berbeza.

Masing-masing pada mulanya bila memikirkan akan hakikat bahawa sangatlah lama masa yang perlu diambil untuk menghabiskan pengajian berasa sangat cemas dan letih. Bergelumang dengan kesesakan jalanraya acapkali usai tugas di kantor lalu berkejaran ke kelas. Berbuka puasa yang biasa-biasa saja dikelilingi teman-teman bahkan terawih yang kucar kacir. Lima semester diperlukan menjadikan pengajian sepanjang dua tahun setengah. Ada yang berulang -alikdari Kuala Kubu Bharu, ada dari Seremban, tapi aku paling jauh, di semester terakhir berulang dari Pulau Pinang. Hahahahahahahahaha....

Ketika itu, pihak PKP menetapkan 2 semester setahun. Ramai yang mahu menyingkatkan pengajian memilih untuk mengambil subjek berlebihan. Tiba-tiba pihak PKP menyemak semula lalu menjadikan 3 semester dalam setahun, lalu tiada istilah cuti semester bagi kami. Semester bersambung berterusan dengan hanya cuti selama seminggu di antaranya. Penat? Tuhan saja yang tahu. Tapi itulah sedikit pengorbanan yang perlu untuk sekeping sijil. Ramai yang bertanya, kenapa tak ambil di hujung minggu?? Kalau hujung minggu, dengan sistem kerja 5.5 hari seminggu, makanya langsung tiada rehat untuk aku.

Kini, pejam celik pejam celik masa berlalu, akhirnya selesai segalanya. Sarjana dalam genggaman. Rupanya segala kepayahan itu ada hikmahnya. Jika tiada penyelarasan semula itu, maka aku hingga kini masih berkelana di Kajang menghabiskan pengajian. Bahkan tidak mampu untuk menerima jawatan yang aku sandang sekarang. Terus, semakin berpanjanganlah episod berjauhan Alor Setar-Kajang antara aku dan EncikCayang, bahkan Abah dan Mama seperti dulu jua hanya dijenguk sebulan sekali bahkan ada tiga empat bulan sekali.

Maka benarlah, setiap sesuatu pasti ada hkmahnya. Membaca catatan-catatan teman-teman di email membuatkan kami semua tertawa. Gambar-gambar dan segala komen di FB mengundang pelbagai memori. Oh, indahnya alam pengajian itu. Kini, masing-masing punya sangat banyak masa terluang. Terasa seperti ada ruang kosong...

Untuk semua teman Cohort 22, senior dan junior dari GSB, UKM... terima kasih untuk semua kenangan. Kepada para pengajar, terima kasih untuk semua ilmu dan bimbingan. Membuka dimensi baru bagi ramai antara kami yang dahulunya kelam ekonomi. Terima kasih juga untuk keluarga, Mama, Abah, EnAngah dan EnAdik, EnCayang, MissL dan kawan-kawan di pejabat lama, staff aku yang sangat memahami contohnya menyediakan makanan bekal berbuka aku walaupun tanpa dipinta, dan semuanya. Terima kasih Allah kerana memberikan aku semua kenangan dan orang sekeliling yang membentuk aku.

Ramadhan 2009 membuka tirainya dengan Konvokesyen akhirnya.



Lagi kenangan di sini;

Kerja Sekolah

Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.

21 confusing statements:

Yunus Badawi said...

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

You deserved you got today.

Yunus Badawi said...

eh aku firstlah hari ni!!!!

syah shah said...

Aku tetiba tak reti nak komen apa...

Boleh tak aku komen camtu?? Hahahahahah :P :P

Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya yang tersembunyi... Cumanya samada kita pandai menafsir hikmah tersebut atau tidak...

Ape pun, congratulations sekali lagi... :D :D

julietchun said...

aku rasa berjauhan dgn mama dan abah tu ko tak rasa sgt, tapi berjauhan ngan en.cayang tu yg buat ko rasa keseorangan,hahahaha.

apapun ko dah dapat genggam apa yg ko impikan, dan moga lepas ni hari2 ko akan ceria bersama org2 tercinta. Tahun ni takdak kalut2 nak redah kesesakan jln utk balik raya la kan, hai untungnya badan :D

theconfused said...

yb : tq... tq..

yb : sila jgn wat terkejut ye..

syah : assudahlaaaaaaaaaaa ko! ko msk pe rini wei?

kih3, br kul 10.50 dh ty ek?

juliet : alaaa.. ko pun sama.. kampung kt kl kan?? :P

xiiinam said...

Malam tadi ckLah mimpi sambung belajar di UM, tapi suasana dom, bilik mandi, dewan makan, dan muka kawan-kawan semuanya di sekolah menengah....Raja Perempuan Taayah kat Ipoh nu....sungguh!

Apa maknanya tu cik konfius...konfiuslah ckLah..

theconfused said...

ckLah : habis 1 kelas kat taayah masuk UM ye??? ckLah sanggup ke duduk dorm blk???

maknanya, kena wat reunion taayah kot??? kih3...

Mak Su said...

lega sangat bunyinya.... moga kejayaan lain dan lain akan menyusul lagi selepas ini. :)

Jard The Great said...

waaa.. terkesima aku bc entri hang neh........ huhuhu.. dah konvo gak akhirnya..

mak ai.. jauh tuuuuuuu.. penang wei!!!!!! ahahahahha

Rozita said...

kena usaha dik

xiiinam said...

Ehem....

xiiinam said...

ehem...ehem....adeh...sakit pulak tekak ni...

xiiinam said...

He...he...he...saja je nak memintas kedudukan para pengomen kat sini...

xiiinam said...

Haih...tak naik-naik jugak ni...lenguh jari haih...



Balik dulu...

theconfused said...

jard : keh3.. ko pesal terkesimaaa??

rozita : tq kak

ckLah sumernyaaaaaaaaa : kalo dh sihat tuh gitulah yek?? yek???

sakit tekak bulan posa, tgu waktu berbuka baru minum air k..

ke org MC nih xpose??? keh3

s@yangh@sni said...

aku tumpang baca arr...

zonaku said...

sekali lg aku terharu... btw, that's what frenz do...
'I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on'

refer : http://zonantaraitudanini.blogspot.com/2009/08/shoulder-to-cry-on.html

tp kalo nk selet engos, sial rujuk si juliet! wakakakakakakakakaaaa!!!

zonaku said...

nk menunjuk ajar, x pandai
nk bantu kewangan, kurang mampu..... sokongan jer la y ada.. harap sudi terima...

μάγά said...

TAHNIAH sekali lagi...


Jujur..
aku jeles..

ingin juga topi kedua tu..


tapi..

apapun..

"hidup ini indah bukan"...

Bunga Rampai said...

Di hujung sabar ada kurnia menanti.

Alhamdulillah. Semoga yang baik-baik saja untukmu hari ini, esok dan selamanya. Amiin.

syah shah said...

aku lupa nak jawab soklan ko semalam... Kira bolehlaa jawab hari ni eh?? Sebab semalam aku tak masak... Tumpang makan umah mak aku... Hahahaahah :P :P

Err... menu ari ni kemungkinan beso adalah mee goreng ye... Hik hik hik hik :P :P