Berita hari ini sangat mengujakan. Bukan hanya kerana Kedah telah berjaya melonjak ke tempat ketiga tetapi kerana keupayaan Kedah menghasilkan seorang pemain hebat yang mungkin menjadi rebutan kelab-kelab ternama.
![]() PEMAIN KM Naza, Liew Kit Kong (tengah) cuba melepasi penjaga gol KL Plus, Mohd Amirol Jaihan pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi. |
Kelantan sia-sia peluang baiki posisi liga tewas kepada Johor FC
Kemenangan skuad Hijau Kuning itu membolehkan mereka merampas tempat Negeri Sembilan - yang bersama Perlis dan Selangor tidak beraksi malam tadi - sambil menolak pasukan itu ke tempat keempat diikuti Kelantan.
Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Johor FC bangkit daripada ketinggalan 1-0 menerusi gol Mohd Nor Farhan pada minit ke-23, untuk menang hasil jaringan Azizan Baba yang bijak meloloskan diri dalam kotak penalti untuk meledakkan rembatan melepasi Mohd Shahrizan Ismail tujuh minit sebelum rehat.
Azizan menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kedua pada minit-60 untuk memastikan Johor FC mengutip tiga mata.
Di Stadium Darulaman, KM Naza meraih tiga mata berharga selepas menundukkan KL Plus 2-0 menerusi dua jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, masing-masing pada minit keempat dan 87.
![]() |
Di Stadium Batu Kawan, pelawat membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Mohd Khyril Muhymeen sebelum S Thinagaran menghukum kealpaan pertahanan lawan bagi menyumbang gol penyamaan tuan rumah.
Gol kemenangan skuad Hijau Kuning hadir pada minit ke-75, selepas pemain gantian, Mohd Azrul Ahmad yang masuk tidak sampai seminit, menyumbang gol kedua pasukannya apabila menanduk masuk hantaran lintang Mohd Azrul Ahmad bagi menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Faizul Yusoff.
Bolehkah anda mengesan pemain berbakat tersebut? Haihhh... aku nak pi google keenseman pemain tersebut. Sangat terel gila babas.. Dia bagi lontaran dia jugalah yang tanduk bola......ada harapan jadik Kaka Malaysia dak? Heheheheheheh.. Kalau anda tak perasan, sila baca lagik skali ayat-ayat yang warnanya berbeza okeh...
Pssstttt... Editor tertidoq kot semalam. :)
Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.




13 confusing statements:
Hang citer pasal Liew Kit Kong ke sapa? Kalo dia nih aku kenal ler,mak dia India kan? Tak silap ler.
penat aku highlite nama dia, yg len lak ko nmpk.. huhuhhuhu
Liew lagi ensem dari Azrul - tu yg Juliet nmpk nama Liew aje hehehe
Aku tak terkejut kalau editor sukan tu tertidur sbb ramai juga yg tertidur bila citer liga Msia ni. Sanggup lagi En Cayang ko tengok ya?
tuh baru Kedah, ko lum tgk lagik kegilaan pada Arsenal... hahahahah
kedah.. chaiyok!!! ehehe..
aku masa kecik dulu sokong jugak arsenal ni sbb aku suka tengok gambar meriam tu hehehe
tumpang lalu
Jard - semenjak dua menjak ni ko bukan main semangat bila sebut Kedah. Ada apa2 ke?
YB : gossip apa nih wei, len mcm ja... ari tuh ko kata "balik" kedah jard.. ko nak jd org kedah gakker?? hehehehe
Errr...cerita bola ke?
Hik...hik...hik....
Tak reti nak masuk beb...
liga super?
huh...tu taraf liga estet je tuh
warghhhhh warghhh waghhhhh
zalimnya stetmen aku
bila la nk maju bola kita ye
-beskut-
Dia hantar dia tanduk...pergh...hebat amat sihhh
hidup kelantan?
kehkehkehkehkehkeh.
owh! aku ingatkan salah masuk blog sukan tadik.hehe..
ekceli dalam team tu ade 2 orang nama sama. sorang tu main dari minit pertama lagi, kemudian masuk lagi sorang pada minit ke-74. tak sampai seminit masuk,dia skor gol. hantaran lintang dari pemain lain yg sama nama dgn dia. ujar aku panjang lebar sambil menjemur benang yg basah.hehe
Post a Comment