
Ini adalah ambulans.
Ambulans mempunyai kuasa yang besar apabila siren dipasang. Jalan yang sesak, padat dan tidak bergerak boleh dengan tiba-tiba terbuka lorong jika siren kedengaran.
Itu pengalaman yang pernah aku lalui. Banyak kali, dalam kesesakan Jalan Tun Razak, mahupun sekadar kesesakan biasa di Kajang.
Namun, mungkin di sini, di Pulau Mutiara, bunyi siren hanyalah muzik untuk menghiburkan para pemandu di jalanraya. Tak perlu bersusah payah memberi laluan. Tak perlu tergesa-gesa mengalih kenderaan. Cukuplah sekadar buat dek saja, Encik Pemandu Ambulans pandai mencari jalannya sendiri.
Walaupun pemanduan di sini sangat mencabar, dengan kereta yang dipandu macam dia seorang yang bayar cukai jalan, motorsikal yang dibonceng macam dia saja dalam dunia ni ada motorsikal, atau selamba-selamba saja geserkan kereta orang dengan cilok di mana-mana, mahupun ikut suka diorang kat manapun nak masuk simpang..... Aku boleh bersabar. Tapi kalau ambulans berbunyipun tidak dihiraukan.. akupun hairan, entah otak cap apa mereka ini? Mungkin kalau yang mengerang kesakitan itu isteri mereka, atau yang terlantar itu ibu mereka, atau yang luka parah berdarah itu anak mereka, barulah mereka sedar?
Mungkin... atau mungkin, mereka tertinggal otak atau hati di rumah?
Tidak semua, tapi kalau setiap kali kedengaran siren itu tingkahnya, hmm... buat aku terfikir. Maaflah ye, orang Pulau Mutiara, mungkin kita perlu buat "Kempen Kesedaran Siren Ambulans"?. Haihhhhh......
Mungkin lagi baik dana digunakan di sini dari asyik-asyik buang masa buat pilihanraya semula... Opssss.......... :)
Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.


11 confusing statements:
Yes 1st.
Aku tak suka memandu di Penang sbb itulah.
hairan kan.....
aku rasa x penah ada y tersayang mereka putus nyawa dalam ambulans akibat sikap mereka tu...
sedih!
aku penah terperangkan d jambatan penang tu, ada kemalangan maut di tengah jambatan dan ambulans berada di belakang aku...
x dapat bergerak walau selepas sejam kami terperangkap di situ!
aku rasa mereka tertinggal otak dan hati di rumah.
diorg mmg tak berotak dan takde hati.. huh!?
kuasa jeritan ambulan sudah tiada ummppp!!! manusia sudah lali dgn jeritan itu. jeritan ambulan itu harus ditukar kepada bunyi lain pulak. bunyi yang lebih menyeramkan. bunyi yang buat pemandu ambulan pun tak suka nak pasang suka-suka.
kesedaran sivik kat Malaysia ni sangat rendah... rendah sangat...
Pernah sekali aku bertembung satu keadaan kat trafic light dekat area hospital universiti...
Sebiji kereta pun tak berhenti bagi jalan ambulan tu nak lalu menyeberang semata-mata sebab tak mahu terlepas lampu hijau... Gile bodoh... Aku ade nampak satu kereta tu nak berenti, tapi kereta belakang dia pegi cucuh dan hon-hon suruh jalan jugak... Memang dasar bongok... Sakit ati aku... Heh.
Err... masuk kali ini, kali kedua buat pilihanraya kecik ye kat sana?? Hihihihihihih :P :P
YB ni potong line tul la...
igt aku dah org 1st!
entah le...bila nak sedar yer.
betul2...kalau yg dlm ambulan tu tgh kritikal..how???tak ke naya??
rasanya depa dok pikiaq..hospital tu masih dlm pulau..bukan jauh mana pun. atau mmg depa berotak 'udang' kot..
The confused,
aku sokong one zaaba, kena tukar bunyi yang lebih menggerunkan. Bacaan surah yasin ke.. kenderaan sebelah menyebelah ambulance tu for sure takkan biarkan ambulance tu lelama kat situ..
Hehe
Post a Comment