Ini satu ceritera,
Ada seorang manusia,
Lambat bangun dari lena,
Walau setelah 12 jam menutup mata.
Bergegas bersiap ke tempat kerja,
Memecut kereta tak hengat dunia,
Alangkah malang nasib si dia,
Punch card merah, terlambat lima minit jua.
Tergendala urusan dek orang lain,
Lalu menelaah kerja sekolah,
Fokus tak hengat bukan main,
Akal fikiran terpaksa diperah.
Usai waktu makan tengahari,
Duduk bersembang banyak cerita,
Semua nama habis meniti,
Menuju ke bilik ternampak si dia.
Aduh, takut dan gementar bukan kepalang,
Nak pi toiletpun ajak MissL teman,
Sekali kantoi dalam perjalanan pulang,
Dia menunggu dengan senyuman.
Aduh mamat nih tak reti bahasa,
Tak paham ke orang tak suka,
Geli dan takut dah bermaharajalela,
Semua soalan dijawab dengar blur-nya.

Jam berganjak ke pukul empat,
Baru tersedar pen drive hilang,
Puas mencari merata tempat,
Camne nak wat discussion kalau hilang??!!!!
Pulang ke rumah dengan tertekan,
Rupanya di dalam paper bag dia berdiam,
Lalu disambung menelaah pelajaran,
Buat bekalan nak pi discussion malam.
Discussion bermula jam delapan,
Fokus menelaah hingga jam tujuh,

Dengan pantas menyegarkan badan,
Lalu keluar terkocoh-kocoh.
Alangkah,
Rupanya yang diambil kunci pejabat,
Pintu depan sudah berkunci,
Colex di grill tak dapat dibuka,
Terduduklah si dia sedih sendiri.
Bergelaplah dia seorang diri,
Telefon ke sana dan kemari,
Akhirnya si dia yang dia cari,
Sampai habis kredit bercerita itu dan ini.
Satu jam berlalu begitu sahaja,
Barulah pulang wahai si dinda,
Tergelak besar melihat kanda,
Dahlah kena gelak dek si dia juga.
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Nota : Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa, gambar yang diambil cuma lakonan semula. Hahahaha...