Friday, December 28, 2007

Bengawan Solo

Bengawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi
Perhatian insani

Musim kemarau
Tak sbrapa airmu
Dimusim hujan air
Meluap sampaijauh

Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut

Itu perahu
Riwayatmu dulu
Kaum pedagang slalu
Naik itu perahu

Translation

The mighty river Solo
Your legend is this
From ages past
Has been observed


In seasons dry
Your water ebbs low
In the rainy season
Your water overflows to the horizon

The spring of Solo
Locked in thousands of mountains
Its water flows reaching far
To end in the sea

That boat
Legend of the past
The traders always
Go by that boat

1940, by Gesang Martohartono



Here are some information from
Wikipedia that I paste here.


Bengawan Solo is a famous Indonesian song about the Bengawan Solo River, which flows through central and eastern Java, Indonesia and is that island's longest river.

The song describes the legendary river in a poetic and nostalgic way, that it is surrounded by mountains, its sources are near the city of Surakarta, that it ends in the sea, and that the merchant class always makes use of it.

Written in 1940 by Gesang Martohartono, it is in the local kroncong style, a popular folk style with influences from Portuguese. The Japanese, who occupied the country during World War II, brought the song with them to Japan after returning from the war. There, and also in the rest of Asia and later worldwide, the song became very famous.

The song's widespread popularity began soon after its composition, and locally it is strongly associated with the period of war occupation and the society of the times. In 1940 Gesang, then a young, destitute and untrained musician, composed the song on a bamboo flute and began to sing it at local functions and gatherings in his hometown of Surakarta. It soon became well-known and liked among the local Javanese community; the song then achieved national acclaim after it was broadcast to a wider audience by various radio stations.

The melodies of the song also appealed to both the occupying Japanese soldiers, and the non-Indonesian prisoners (mainly Dutch civilians) in the internment camps. The song was taken back to Japan by the returning soldiers, where it (with the lyrics translated to Japanese) gained great popularity after various singers such as Toshi Matsuda released recorded versions of it which became best-sellers. The song has become almost synonymous with the perception of Indonesian music in Japan.

In 1991, a group of appreciative Japanese war veterans arranged for a statue of Martohartono to be erected in a park in Surakarta. Gesang himself was still resident in the city, now a nationally renowned figure[1].

Very many artists have recorded the song, among whom are Waldjina, Toshi Matsuda, Anneke Grönloh, Rebecca Pan and Frances Yip.

"Bengawan Solo" is a popular name given to restaurants and businesses, in reminiscence of the song.
Trivia
  • Bengawan Solo is the name of a popular chain of cake/pastry shops in Singapore.
  • The tune became a big hit in the Chinese society after the singer Ms Poon Sow Keng sang it in Mandarin (Chinese) for Hongkong Pathe in 1957, then further boosted by Ms Koo Mei, who made her rendition for Philips Record shortly after (Pathe and Philips were big competitors at that time). Since then many Chinese singers made their own versions and now the song is one of the best known Chinese oldies.
  • An English-language version of the song, dating from early 1960s Hong Kong, has modified lyrics that describe a romantic evening beneath twinkling stars and swaying palms "by the river of love." The period recording by Rebecca Pan can be heard on the soundtrack to the 2000 movie "In the Mood for Love" by director Wong Kar Wai. Ms. Pan also has a role in the movie, playing Mrs. Suen.

I've heard the version from Hetty Koes Endang which is awesome, and lately from Anita Sarawak in her Kwek Mambo Anita show which is energetic. Still listening the song again and again in my car.

Other sites that talked about this song are:

1. Asian Economic News, Sept 6, 99

2. Sattelite Image of Bengawan Solo

3. Rebecca Pan Version

Belasungkawa

Benazir Bhutto (1953-2007)

Wednesday, December 26, 2007

Akal yang Hilang (Walking without brain)

Hari Raya Pertama, 10.00 pagi. (Belakang rumah Mak)

Aku tengah berperang dengan periuk besar, yang kalau-kalau berhajat nak digunakan untuk merebus seorang manusia memang lebih daripada muat.... Periuk yang besar dan berat tu, aku tonyoh-tonyoh dan basuh-basuh...


Dia tengah duduk dan makan, lepak-lepak di belakang Mama yang tengah sibuk membasuh perut lembu korban.
Tiba-tiba...

"Hang bila nak kahwin Kak Long?"


Terus aku pandang mukanya. Tiba-tiba aku rasa badannya yang besar dan sebaya aku itu menjadik kecil dan halus. Mata aku yang keletihan akibat berjaga sepanjang malam tanpa rehat berhalusinasi. Rasanya kudrat yang dikerah untuk perjalanan dari pukul 9.00malam ke 6.30pagi itu masih tersisa, boleh saja aku nak tampar mulut dia.


Er... aku sensitif ke? Tak jugak, haah.. yer.... Sebab yang bertanya tu dia. Aku menyampah ke? Errr... ye sebab kalam itu keluar dari lisannya. Aku geram ke? Ya juga sebab aku yang belum tidur ni bersusah-susah bekerja di rumah mertuanya sedangkan dia bersenang-senang sambil mengelek anak yang selalunya dia buat dek (tak tau) jer.


Dalam hati aku berkata.. "Just because you get married at age of 17, don't aspect me to be like you"


Tapi aku senyum saja sambil kata.. "Bila tiba masanya, adalah.."


Dia manusia yang berhak untuk dilayan seperti manusia. Ada maruah dan harga diri untuk dijaga. Siapa aku untuk menyoal kebiadapannya, walau sudah acap kali aku menahan sabar. Natijahnya, perkara kecil sebesar hama ini juga mampu menggoncangkan kesabaran aku, kerana yang telah terkumpul selama ini sudah menggunung. Selagi dia tidak mengulikan Mama, Abah, Mak dan Ayah, sudah memadai bagi aku. Dengan kudrat yang ada aku tak kisah untuk melakukan apa saja.


Tapi...... bukankah dia juga manusia yang punya akal dan fikiran? Bukankah dia juga insan yang punya hati dan perasaan? Carilah sebanyak mana alasan untuk mengelak dari tanggungjawab, tapi suatu hari, tanggungjawab itu akan merantai tanganmu dan meminta kau mengheretnya untuk dihadapkan di depan yang Maha Esa.

Thursday, December 20, 2007

Khutbah Eid

Khutbah Eid Adha yang terkesan kerana ayat-ayat ini.
وَتَرَاهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا خَاشِعِينَ مِنَ الذُّلِّ يَنظُرُونَ مِن طَرْفٍ خَفِيٍّ وَقَالَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا إِنَّ الظَّالِمِينَ فِي عَذَابٍ مُّقِيمٍ

English : And thou wilt see them brought forward to the (Penalty), in a humble frame of mind because of (their) disgrace, (and) looking with a stealthy glance. And the Believers will say: "Those are indeed in loss, who have given to perdition their own selves and those belonging to them on the Day of Judgment. Behold! Truly the Wrong-doers are in a lasting Penalty!"


Malay : Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada Neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke Neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut) dan orang-orang yang beriman pula berkata: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal.

وَمَا كَانَ لَهُم مِّنْ أَوْلِيَاءَ يَنصُرُونَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن سَبِيلٍ

English : And no protectors have they to help them, other than Allah. And for any whom Allah leaves to stray, there is no way (to the Goal).


Malay : Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong yang lain dari Allah yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayat petunjuk).


As Shura (Ayat 45 & 46)

Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya, and selamat memandu menuju ke destinasi... Jumpa lagik insyaAllah selepas cuti yang panjang..... hugs!!

Monday, December 17, 2007

Tragedi Hujan

Cerita ni bermula dengan satu SMS yang aku terima daripada Jatt pagi Sabtu (15/12/2007) lalu.

"Hang ada plan dak petang nih, jom pi tengok wayang"

yang kemudiannya aku balas begini,

"Uik, tengok wayang? Hubby hang pi mana, tetiba ajak aku neh?"

yang kemudiannya menerima balasan begini,

"Dia balik kampung, ada kenduri, aku tak boleh ikut, ada meeting"

dan kemudian aku balas begini,

"Ok, aku nak pi Klang sat lepas kerja ni, rasanya dalam pukul 5 aku sampai kat hang"

Semuanya okay belaka, usai tugas, aku pulang ke rumah, mandi-mandi dan tukaq baju, terus bertolak ke Klang kira-kira pada pukul 2.30 petang. Lewat memulakan perjalanan, hari masih cerah. Bila saja aku memasuki Lebuhraya Kesas, hujan mulai turun diikuti dengan situasi yang maha menensenkan lagi mebosankan.. jem.. adeilaaaaa....... Masa tu dah start rasa macam nak patah balik..... lalalalala..

Perjalanan yang agak lama, dah mulai menjadi maha panjang, sepanjang perjalanan hujan saja, nak pulak memang gagap sikit (er... banyak!!) jalan-jalan di Klang nih. Sampai saja Klang, aku tuju ke destinasi, sebuah hospital swasta di sana, bertemu seorang teman.

Masalahnya, disebabkan hujan, aku dah terlepas simpang. Tinggallah aku terkial-kial mencari U-turn... sekali tak boleh U-Turn pulak.. alamakatak.... Tensen dah memenuhi jiwa dah masa tuh.... Di dalam hujan lebat itu akupon menyelusuri semua jalan-jalan mengikut instinct ku yang kukira bleh jugaklaa kalau nak dipakai....

Bahana instinct tu... aku terjumpa sebijik sign board yang tertera Selamat Datang ke Shah Alam... "adeilaaaa... camne bleh lepas sini pulak neh???" Jadinya, aku pusing lagi, dah lalu pulak kat depan Istana.. masa baca signboard rasa macam dah betul aku nak tuju ke Hospital Besar, nih macam mana pulak lalu kat Istana nehh... huhuhuhu... gwa dah nak nangis dah masa tu beb... disebabkan malas nak telefon sesiapa, akupon terus jugak mencari-cari arah yang benar.. diulangi.. arah yang benar..... Ya Allah, bantulah hambaMu ini..

Akhirnya aku keluar sampai ke satu roundabout, dan dengan hikmat instinct yang tersisa aku memilih satu simpang yang kemudiannya dalam 5km membawa aku ke hospital itu... akhirnya aku berjaya... Alhamdulillah.... perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua jam itu membuatkan aku bertukar menjadi pemburu tandas..... Usai mempakir kereta, aku dengan sepantas gaban menuju ke tandas.... Sekali tandas yang aku pernah pergi itu sedang diservis.. heheheh... Pakcik Sekuriti pun memberikan aku maklumat tambahan untuk menuju ke tandas yang lain....

Sekali lagik, dengan sisa-sisa tenaga yang ada aku menuju ke tandas yang disebutkan.. Laju saja aku masuk dan mengusaikan urusan itu.... huhuhuhu.. tak baik tahan buang air kecik adik-adik, bleh menyebabkan masalah yang besar.. seperti masalah ini...



Keluar saja aku dari kotak kecil yang membahagi tandas-tandas tersebut, aku lihat seorang pekerja sedang mengisi kertas tisu ke dalam bekas. Aku dah rasa cuak, tadi takde, apsal pulak sekarang ada. Aku pun keluar dengan perlahan-lahan, lalu membuka pintu tandas utama.... Terpampanglah satu tanda di pintu yang menghadap pintu yang aku buka itu...


"Aikk....??!!!!", terus aku toleh dan pandang ke pintu yang baru saja aku lalui...


"Arghhhh!! Padanlaaaa yang tukaq tisu tadik seorang mamat!!!!!" Sampai hari nih aku rasa geli geleman...... huhuhuhuhuh...


Saturday, December 15, 2007

Dia yang pergi...

I was trying to post an entry last night about a sms that really hurts me, but then only God knows why, I could not post it....
This is another entry....


Kini,
Genap setahun,
Dia pergi,
Jauh dari kami.

Kini,
Genap setahun,
Air mata tak pernah kering,
Setiap kali namanya disebut,
Tangkai hati kami bergetar laju.

Pernahkah kau terfikir wahai durjana?
Lautan kasih yang kami berikan.
Pernahkah kau menimbang wahai syaitan?
Remuk dan redam yang melanda.
Kau tinggalkan aib yang maha dahsyat,
Kau tinggalkan beban yang maha hebat,
Dan kau berikan sesalan yang tak kunjung henti.

Sehabis kudrat kami mencari,
Menempa sejarah merobek jiwa,
Mereka berkata tiada apa mampu dilakukan,
Kerana dia sudah dewasa....

Hari ini aku di sini,
Menghitung hari yang telah berlalu,
Telah apa kaulakukan dia?
Sudahkah Izrail mengunjunginya?
Atau tertiup nyawa ke batang tubuhnya?
Atau kaubiarkan dia menadah merata-rata.
Telah apa kau lakukan dia????

Walau apa telah terjadi,
Pulangkan dia pada kami,
Asal dapat mendengar suaranya,
Dan dia kekal dikalangan kami!!!!


Kenapa aku terkesan dengan cerita Nurin, Preeshana atau yang lain?? Kerana kisah yang satu ini. Setahun telah berlalu... dan setiap kali berkumpul seperti terngiang-ngiang suaranya. Entah kemana dia, hanya Tuhan yang tahu.... Segaris senyum yang hadir, sungguh dia tak pernah kami lupakan.

Friday, December 14, 2007

SMS again??? yarkhhh!!!

Someone sms-ed me last night, asking me how am I? Yeah, thanx for the concerns, but receiving an anonymous sms is quit weird, it's ok I think, if I received an anonymous comment here, since it is public, but on the phone, well, that's toooooo damn private.

So, I asked that person, who is he/she? Then, he/she anwered, an old friend. Then I replied "An old friend should have name" Then the replied was so shocking, "An old friend, how could you never saved my number. Nite"

Gosh!!! I was stunned... I might be wrong, or maybe unconcerned, never tried to save the number or whatever it is. I did apologize saying that it was my mistake for maybe not ever tried to save the number or me myself have deleted it. Yeah.. yeah.... I could understand...

I don't know how to express my feeling, but seeing the replied made me shocked. If its a stranger, I don't really mind, but if it's true that it is an old friend... hmmm... what kind of friend I am??

Tetiba cam tadak moodlak nak wat entry nih.... nanti lah ble cam dah clear sket kita sambung blk citer nih.. huhuhuhu

Dear friend,

Again, if I was wrong, I'm truly sorry!

Thursday, December 13, 2007

Smile in the Morning

8.20 pagi, sedang memandu,

Dia 1 : Negeri manakah yang digelar sebagai Darul Iman?
Dia 2 : Kedah?
Dia 1 : Salah...

Aku sebagai anak Kedah, tergelak terbahak-bahak.....

A Week Gap

A Week Gap


cinta hari-hari rusuhan... heheheh...
bercinta dengan all the books, tapi rasanya cam nak kene repeat jaaa paper tu!!! TIDAK!!!


Ole-ole dari Medan

kek lapis yang enak

bika ambon... er.. sedap gakla

buah salak

pisang + kaki = pisang kaki (kalau anda tak tau panggilan dlm bahser melayunya)


Then, we (my parents was here in Kajang for almost 2 weeks) went to a kenduri kahwin. Keluarga jauh dari Terengganu. Abah menceritakan semua susur galur Tok Wan yang berasal dari Terengganu. Kami senyum je.....


The pengantin... Selamat Pengantin Baru, Moga Berbahagia Selamanya

Thursday, December 6, 2007

Tingkatan Usia

Genap hari ini,
Dalam kiraan jejari,
Setahun lagi tingkatan usia,
Pada umur yang makin tua,
Apa bekalan yang ku bawa?

Genap hari ini,
Lengkap satu hari,
Melingkari kiraan tahun,
Melengkapi kitaran waktu,
Pada apa telah kuberjasa?

Suku lingkaran,
Masalah mendepan,
Kulangkau sempadan,
Untuk kejayaan,
Melengkapkan terus pusingan...

Allah,
Berikan aku kekuatan,
Pada sujud diawal waktu,
Pada bernafas untukMu,
Pada hakikat aku seorang hamba.

Saturday, December 1, 2007

Ish, manusia.. buruknya kelaku!

Eh awak,
Pagi-pagi dah telefon saya,
Apa pasukan saya sudah kata?

Oh, awak tergendala,
Pada pintu bertanda,
Dilarang masuk kecuali bekerja,
Errr... padanlah muka!

Eh, awak!
Dia sebaya anakmu,
Panas hati baran pada laku,
Awak bergaduh dengan dia.. ish buruknya kelaku!

Isilah borang itu,
Saya nak tengok beranimu berapa jitu,
Yang bersalah kedua-dua kamu,
Saya cuma tandatangan diakhir borang itu...

Saya tersenyum sambil berlalu...
Ish, manusia.. buruknya kelaku!

Luka yang Lama

Dia 1 : Jangan dekat dengan si dia, berbaju putih, bermata sepet.
Dia 2 : Kenapa?
Dia 1 : Keluarganya pada suatu waktu pernah menghina aku.
Dia 2 : Bila?
Dia 1 : Dua puluh lapan tahun yang silam.

Luka telah sembuh, parut tetap ada, kadang-kadang kalau diusik, yang sembuh berdarah semula.