Gulai batang pisang ni memang antara resipi yang popular di waktu-waktu kenduri kahwin di negeri-negeri utara tanah air. Kalau di Kedah, ada daerah-daerah tertentu yang memang menu wajibnya adalah resepi ini.
Sekarang agak susah untuk ditemui. Dengar katanya ada satu kedai area Seberang Perai yang jual menu ni, tapi aku tak pasti kat mana. Rasa?? Sangat besssssssstttt... Cerita di
sini dan resepi di
sini. Kot-kot korang nak cuba. Cumanya cara nak ambil batang pisang tu macam susah sikit. Adalah untuk pengetahuan anda, bukanlah sebijik batang pisang itu digunakan... tidak.. tidak... batang pisang tersebut akan dilapah errr... lapahker??.. heheheh...tukarlah, lapisan luarnya akan dibuang sehingga kelihatan bahagian hempulur yang lembut. Maka bahagian hempulur itulah yang digunakan untuk dimasak, bukan pula sebaliknya iaitu lapisan luar ye.... Errr... secara teorinya begitulah, secara praktikal adalah elok jika ditanyakan kepada sang pakar seperti suami kepada
Puan Syah, iaitu Encik Firdaus seadanya. Haihhhh.... Kat sini pun beliau nak enteprem... kehkehkeh...
Ni adalah gulai yang dibawak oleh Puan Syah tempoh hari. Gila keras tahap kalau jatuh kena kaki memang boleh menyebabkan luka parah. Setelah dinyahbeku sedikit, lalu dipanaskannn...... dengan penuh kesabaran....

Enak dimakan dengan roti. Konon nak diet, haih..... 4-5 keping jugak aku belasah....

Sangat bestttttt!! Terima kasih yek, sanggup datang menghantar. :)
Aku kadang-kadang keliru dengan hidup ini.